Sunday, December 16, 2007

Kisah mulia Rabi`atul-adawiyyah

Disadur dari beberapa kisah mulia Kekasih Allah, Rabi`atul-adawiyyah
Malik bin Dinar pergi mengunjungi Rabi'atul-adawiyyah satu hari. Dilihatnya dalam rumah Rabi'atul-adawiyyah satu balang yang pecah dan mengandungi air untuk minum dan mengambil wuduk, satu bata sebagai bantal dan tikar yang buruk sebagai alas tempat tidur.

Malik berkata, "Jika kamu izinkan, boleh aku suruh seorang kawanku yang kaya memberimu semua keperluan harian."

Rabi'atul-adawiyyah menjawab, "Adakah satu Tuhan yang menanggung aku, dan Tuhan lain pula menanggung kawanmu itu? Jika tidak, adakah Tuhan lupa kepadaku kerana aku miskin dan ingat kepada kawanmu itu kerana ia kaya? Sebenarnya Allah itu tidak lupa kepada siapa pun. Kita tidak perlu memberi ingat kepada Tuhan itu. Dia lebih mengetahui apa yang baik
untuk kita. Dia yang memberi kurnia dan Dia juga yang menahan kurnia itu.
"
Semoga bisa diambil hikmahnya

2 comments:

  1. Anonymous4:08 PM

    Terkadang..Allah SWT memang memberi jalan lain untuk hambanya menjadi lebih dekat dengan-Nya..Jalan itu terkadang berduri..tetapi itu semata-mata buat qt menjadi lebih dekat dan mengenal-Nya :)

    ReplyDelete
  2. Anonymous6:48 AM

    Sebenarnya itu lah kata kata yang menunjukkan tahap Redha sepenuhnya.terima apa sahaja dari Allah.dengan tidak memandang buruk atau baik.
    itulah contoh Hamba Allah.

    ReplyDelete